Fresh start

    Hello! Yes. Finnaly saya dapat jugak tulis  blog balik. Sebenarnya, saya pernah tulis dua blog sebelum ni tapi dah delete. Hihihi... Alasannya sebab blog tu dah lama dan saya tak tahu apa yang saya tulis waktu tu. Yela, blog tu pon tahun 2016. Dua tahun yang lepas kut. 

     Harini nak cerita pasal apa? Takde apa-apa pun, I just want to have a fresh start. Kita buka buku baru and forget the past. Kenapa nak buka buku baru? Bukannnya new year pun kan? Tak semestinya kena new year baru buka buku baru, azam baru. We must try to improve ourself from day to day and time to time. Okey!

   Oklah, you all pun macam tak kenal sape I dan blog I ni memandangkan I ni tak famous pun. I akan perkenalkan diri ye. Nama biasalah mesti rahsiakan sebab saya ni seorang yang introvert. Setakat atas keyboard dalam dunia maya bolehlah sembang kencang tapi in reality, saya ni seorang yang pendiam, menyendiri dan pemalu. Itu kata orangla tapi untuk kawan rapat saya, saya ni seorang yang sangat riuh dan memang tak lengkap hidup mereka tanpa saya. Eceh...

    Kalau boleh, saya memang taknak famous ke atau dikenali orang sebab saya tak suka attention. Alah, acah-acah pulak. Saya tak tahu mcmmna nak handle kehidupan mcm tu . Saya pun reda dan bahagia dengan apa yang saya ada. Slalunya dalam blog ni saya akan bahasakan diri saya sebagai "I", "saya" dan jarang-jarang sekali sebagai "aku" sebab saya tak biasa guna aku ni, macam tak sopan. Saya juga akan mencampuradukkan bahasa melayu dan bahasa inggeris. Jangan marah ye. Bukan apa, dengan penggunaan bahasa rojak ni saya boleh buat pendekatan dengan orang-orang muda. Kita bukan nak formal sangat pun.

     Bab umur pula, tak perlu tahu kut. Bukan penting pun sampai boleh mengubah dasar pemodenan dunia. Hiks...  Cukup tahu jela yang saya ni di bangku sekolah lagi. Kenapa guna nama Appletea? Sebenarnya, saya pun tak tahulah. Sya cuma terfikirkan nama yang acah-acah asthetic. Tup.. tup nama tu yang muncul.On jela. Sebelumni memang nama lain. Siapa yang tahu maka tahulah. Siapa yang tak tahu maka tak tahula. ^-^

   Apa sebab saya start tulis blog? Hmm, saje suka-suka. Isi masa. Mungkin saya tak berapa aktif kat sini sebab blog ni sekadar untuk isi masa saya dan kalau saya nak share apa-apa kat korang. Masa saya pun dah cukup penuh untuk digunakan dengan benda lain a.k.a SEKOLAH. Sekolah saya memang strict sikit. Bukan sikit tapi strict giler. Setiap perkara atau peraturan yang termaktub dalam buku peraturan sekolah tu mesti dipatuhi tau. Bukan mesti tapi WAJIB! Ye, memang pelajar kena patuh peraturan sekolah macam dalam peraturan sekolah tapi saya tak rasa yang semua sekolah follow peraturan dalam tu sebijik-bjik. Tapi takpela, nak habis sekolah dah pun.

    Tak nak cakap pasal sekolah. Sekarang kan cuti so enjoy. Well, not so enjoy sebab homework menggunung niii. Kalau korang rasa menyampah dengan tulisan saya yang kejap bold la kejap senget la, bagitau tau. Saya cuma nak bezakan bahasa melayu, bahasa pasar, dengan bahasa inggeris. Kalau korang rasa tak perlu dan tak penting komen je. Next blog kita tak buat dah. Apa-apapun nak cakap thank you sebab baca blog kita. Tak sangka akan ada orang baca blog yang macam apa ni. Terima kasih ye, jumpa kat next blog. Bye!

p/s: kalau korang nak tanya apa-apa kat saya tulis je kat komen tu. Insya Allah saya baca dan jawab. Bolehla kita acah-acah sesi QnA jap. Hihihi. Selamat Hari Raya!
 

Comments